PENILAIAN AKHIR DIPLOMA SENI HALUS SECARA ATAS TALIAN

18 FEBRUARI 2021

Tahniah kepada warga AD118 kerana telah berjaya menggunakan kaedah baru untuk proses penilaian akhir ini. Semoga dengan adanya inisiatif sebegini dapat membentuk kreativiti dan kecemerlangan dalam akademik di kalangan pelajar melalui pendidikan secara digital.

 

 

 

WHAT'S NEXT? : EXPECTATION VS REALITY ALUMNI TALK SERIES 1/2021

17 FEBRUARI 2021

Sekalung tahniah juga kepada AD241 di atas penganjuran Sharing Session Alumni ini yang berlangsung pada 17 Februari 2021 secara virtual yang dihadiri oleh para pelajar Tahun Akhir Ijazah Sarjana Muda Grafik dan pensyarah-pensyarah Tahun Akhir. Semoga dengan adanya program sebegini dapat mencetus inspirasi kepada para pelajar untuk membentuk kreativiti dan kecemerlangan dalam akademik dan persediaan di industri kelak.

PAMERAN VIRTUAL CXVII PANCHROMATIC

6 - 7 FEBRUARI 2021

Saksikan Pameran Virtual CXVII Panchromatic iaitu pembentangan dan virtual pameran Diploma Fotografi dan Pengimejan Kreatif (MAD117) Semester 1. Layari Laman Web Rasmi CXVII dan jom subscribe Youtube Channel CXVII TV untuk maklumat lanjut.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

 

LAPORAN KHAS TEMURAMAH EKSLUSIF TEJA BATIK BERSAMA BERNAMA TV

15 MEI 2021

Sekalung tahniah kepada Kumpulan Teja Batik FSSR dengan kerjasama Kumpulan RIG ADAT di atas temubual ekslusif bersama Bernama TV. Bunga Kesidang merupakan bunga Negeri Melaka. Untuk itu, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM Kampus Alor Gajah Melaka telah menghasilkan motif rekaan batik flora tersebut menerusi jenama TEJABATIK EXCLUSIVE, dalam usaha untuk mengujudkan produk pelancongan yang baharu. Semoga industri Batik di Melaka terus cemerlang dan gemilang dengan penglibatan Teja Batik UiTM Melaka dalam melestarikan seni warisan Melayu ini. 
 
 
 
 
 
 
 

 

EKSPO INSPIRASI 2021

3 - 4 APRIL 2021

Ekspo Inpirasi 2021! Ekspo Inspirasi anjuran Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka telah diadakan pada 3 hingga 4 April 2021 bertempat di AEON Bandaraya Melaka. Pelbagai aktiviti diadakan antaranya mempromosikan TEJA Batik, booth bersama IPSIS, misi akademik FSSR serta pameran karya-karya pelajar dari Jabatan Grafik dan Media Digital (AD111 dan AD241), Jabatan Seni Reka Perindustrian (AD114), Jabatan Fotografi dan Pengimejan Kreatif (AD117) dan Jabatan Seni Halus (AD118). Selain itu, satu program khas Borak Arca ZAS juga turut diadakan bagi memeriahkan lagi acara. Bersempena Ekspo Inspirasi yang berlangsung pada 3 hingga 4 April 2021, satu program khas Borak Arca ZAS telah ke udara secara live di FB Roslizakaria pada 3 April 2021 jam 10.30 pagi yang turut diserikan dengan kehadiran bersama Ketua Pusat Pengajian, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM Cawangan Melaka, Dr. Nadzri Hj. Mohd Sharif.

 

 

 

 

 

BENGKEL PEMANTAPAN PENASIHAT AKADEMIK 2.0 FSSR UITM CAWANGAN MELAKA

14 APRIL 2021
 
Ini merupakan bengkel berkala untuk perkongsian peranan pensyarah sebagai penasihat akademik (aplikasi sistem dan tugas-tugas semasa). Bengkel ini diadakan di Makmal Komputer 8, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah. Seramai 24 orang pensyarah yang terlibat dalam bengkel ini.