Program ini dinamakan adalah penjenamaan semula dari Pameran Tunas Ilham (Diploma FSSR , UiTM Cawangan Melaka dan Pameran REKA : Program Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik (Kepujian), diberikan nama INSPIRASI. Bermula dengan Pameran Virtual Inspirasi 1.0, pameran ini diteruskan dengan Pameran Virtual Inspirasi 2.0 yang mana ianya masih mengekalkan objektif yang sama iaitu pameran hasil kerja kreatif pelajar semester akhir Sarjana Muda dan Diploma iaitu pelajar semester 06 Program Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik, (Kepujian) : AD241, pelajar semester 05 Program Diploma Seni Reka Grafik dan Media Digital : AD111, pelajar semester 05 Program Diploma Seni Reka Perindustrian : AD114, pelajar semester 05 Program Diploma Fotografi & Pengimejan Kreatif : AD117 dan pelajar semester 05 Program Diploma Seni Reka Halus : AD118, FSSR, UiTM Cawangan Melaka yang telah dibimbing oleh semua pensyarah yang berwibawa dari pelajar di semester 1 hinggalah ke semester akhir. Pameran kali ini diadakan pada 10 Mac 2022 hingga 10 April 2022 dengan kerjasama LaCrista Hotel, Melaka.
 

LOKASI PAMERAN I LACRISTA HOTEL MELAKA