SELAMAT DATANG KE LAMAN KAMI
AD111 I PROGRAM DIPLOMA SENI REKA GRAFIK DAN MEDIA DIGITAL
Buat julung kali, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka menganjurkan pameran berbentuk digital. Seramai 51 orang pelajar tahun akhir (semester 05) Program Diploma Seni Reka Grafik dan Media Digital (AD111) terlibat dalam pameran ini. Karya-karya pelajar yang dipamerkan berasaskan korporat identiti, ilustrasi, pengiklanan dan juga multimedia. Pemilihan karya berteraskan kepada karya berbentuk penerbitan bercetak “print-based” dan seni digital “screen-based”. Pelajar perlu memilih bahan kajian yang terdiri daripada kategori servis, acara (event) atau institusi. Setelah penentuan bahan kajian dijalankan, pelajar akan mengilhamkan konsep dan idea baru bagi menghasilkan sebuah rekabentuk grafik yang bersesuaian dan berkesan. Beberapa fasa perlu dilalui oleh pelajar dalam menjalankan kajian rekaan seperti membuat rujukan rekaan grafik dan melakar perkembangan idea. Pelajar juga menghasilkan rekaan secara manual menerusi gabungan beberapa jenis media dan rekabentuk seni digital dengan menggunakan perisian grafik tertentu. Karya yang terpilih ini merupakan hasil pembelajaran berasaskan projek yang dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi Program Diploma Seni Reka Grafik dan Media Digital, Universiti Teknologi MARA.
LAYARI LAMAN BEHANCE KAMI
AD111 I PROGRAM DIPLOMA SENI REKA GRAFIK DAN MEDIA DIGITAL
Untuk melihat lebih lanjut hasil karya para pelajar Semester 5 Program Diploma Seni Reka Grafik dan Media Digital bagi Pameran Virtual Inspirasi 1.0 ini, sila klik pautan yang disediakan seperti di bawah atau layari laman Behance kami: behance.net/inspirasiad111