SELAMAT DATANG KE LAMAN KAMI

AD114  I  PROGRAM DIPLOMA SENI REKA PERINDUSTRIAN

Program diploma ini menekankan pembelajaran dan pengajaran yang bersifat rekaan sesuatu bentuk produk seperti pengangkutan, produk, dan perabot. Penekanan lebih diberikan kepada nilai estetika dan pemikiran kreatif. Selain itu ciri-ciri dan sifat material perlu difahami oleh pelajar bagi memastikan rekaan yang dicadangkan dapat dibina dan berfungsi dengan sebaiknya. Pelajar juga perlu memahami trend rekabentuk, pembuatan, dan kaedah penyelidikan bagi menamatkan pengajian. Pada akhir program ini, pelajar berupaya untuk merekabentuk produk gunaan mereka sendiri serta bekerja di lapangan industri dalam kategori tertentu seperti automotif, laut, mainan, atau alat perubatan.

 

 

 

 

LAYARI LAMAN BEHANCE KAMI

AD114  I  PROGRAM DIPLOMA SENI REKA PERINDUSTRIAN

Untuk melihat lebih lanjut hasil karya para pelajar Semester 5 Program Diploma Seni Reka Perindustrian bagi Pameran Virtual Inspirasi 1.0 ini, sila klik pautan yang disediakan seperti di bawah atau layari laman Behance kami: behance.net/inspirasiad114