SELAMAT DATANG KE LAMAN KAMI

AD117  I  PROGRAM DIPLOMA FOTOGRAFI DAN PENGIMEJAN KREATIF

Program diploma ini menekankan pembelajaran dan pengajaran kepada asas fotografi dan juga videografi serta aplikasi yang terlibat dalam proses-proses penghasilannya. Pelajar dilatih untuk berfikiran kreatif dan inovatif dalam menghasilkan idea di mana dalam proses pembelajarannya akan melibatkan “hands-on technique” terutamanya dalam pengendalian kamera. Selain itu elemen dan prinsipal fotografi sangat dititikberatkan di dalam penghasilan sesuatu karya. Penggunaan studio fotografi akan di pantau oleh pensyarah bagi memastikan pelajar itu mahir dalam mengendalikan peralatan studio untuk sesi fotografi bersama model dan juga produk.  Pada akhir kursus pelajar akan berkebolehan untuk memahami beberapa displin yang berkaitan serta mempelajari teknik penyelesaian masalah menggunakan kaedah konvensional atau pun peralatan berteknologi untuk “output” yang berkualiti tinggi demi melahirkan pelajar yang kompeten kepada industri.

 

 

 

 

LAYARI LAMAN BEHANCE KAMI

AD117  I  PROGRAM DIPLOMA FOTOGRAFI DAN PENGIMEJAN KREATIF

Untuk melihat lebih lanjut hasil karya para pelajar Semester 5 Program Diploma Fotografi dan Pengimejan Kreatif bagi Pameran Virtual Inspirasi 1.0 ini, sila klik pautan yang disediakan seperti di bawah atau layari laman Behance kami: behance.net/inspirasiad117