SELAMAT DATANG KE LAMAN KAMI

AD241  I  PROGRAM SARJANA MUDA SENI REKA GRAFIK (KEPUJIAN)

Seramai 12 orang pelajar semester akhir sesi Mac - Julai 2020, Sarjana Muda Seni Reka Grafik (Kepujian), Fakulti Seni Lukis & Seni Reka Universiti Teknologi MARA, Cawangan Melaka telah mengambil bahagian dalam pameran virtual yang julung kali diadakan. Mereka memilih pengkhususan Rekabentuk Grafik (Graphic Design) sebagai Major Project. Pilihan topik adalah reka semula identiti (identity rebranding) bagi produk atau agensi, kempen kesedaran (awareness campaign) dan promosi kebudayaan (cultural promotional campaign). Pelajar perlu melalui beberapa tahap proses pembelajaran seperti membuat kajian dan rujukan, mempersembahkan cadangan topik rekabentuk yang menarik, menggunakan kaedah infografik, ilustrasi, fotografi dan tipografi. Proses penghasilan rekabentuk juga dilakukan dengan lakaran (sketches), perkembangan idea (idea development) sehingga ke rekabentuk digital. Pelajar juga perlu tahu tentang konsep rekabentuk, design direction untuk setiap rekaan. Di akhir pembelajaran pelajar mempersembahkan rekaan pembungkusan, buku ilustrasi pahlawan nusantara, brochure, poster, peta, directory dengan pelbagai gaya kreatif visual communication.  Portfolio yang menggunakan platform digital seperti behance sosial media, behance, website, membuka ruang dan peluang yang lebih luas bagi syarikat, agensi atau sesiapa sahaja menawarkan pekerjaan yang sesuai mengikut kemahiran pelajar. Pada masa yang sama juga memperlihatkan tahap profesional serta kesungguhan pensyarah yang membimbing mereka dari semester satu hinggalah ke semester akhir.

 

 

 

 

LAYARI LAMAN BEHANCE KAMI

AD241  I  PROGRAM SARJANA MUDA SENI REKA GRAFIK (KEPUJIAN)

Untuk melihat lebih lanjut hasil karya para pelajar Semester 6 Program Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik (Kepujian) bagi Pameran Virtual Inspirasi 1.0 ini, sila klik pautan yang disediakan seperti di bawah atau layari laman Behance kami: behance.net/inspirasiad241