ILHAM JIWA BANGSA MELAKA: REFLEKSI SEJARAH KEGEMILANGAN EMPAYAR ISLAM MELAYU MELAKA

 

Mural yang bertajuk `Ilham Jiwa Bangsa Melaka' telah selamat di rasmikan oleh YBhg Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib@ Sahibuddin , Naib Canselor Universiti Teknologi MARA pada 22 Disember 2023 yang lalu. Acara disempurnakan dengan YBhg Naib Canselor menanda tangani plaque menggunakan berus dan dakwat lukisan di saksikan oleh YBhg Rektor PM Ts Dr. Mohd Rasdi Zaini, Timbalan Rektor HEP Ts Dr. Nadzri Mohd Sharif serta seluruh warga pengurusan tertinggi & warga kampus UiTM Cawangan Melaka. Penerangan ringkas di sampaikan oleh Ketua Muralis En Hisamudin Ahmad mengenai jangkamasa projek , penglibatan pelajar dan idea di sebalik lukisan mural tentang Istana Mahligai Melaka ini. Mural ini di jangka bakal memberi inspirasi dan pencetus semangat  kepada pengunjung mahupun warga penuntut dan staf UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah sebagai lambang jati diri bangsa Melayu Melaka di zaman kegemilangannya suatu masa dahulu. KPSK sangat berbangga dengan tenaga kepakaran mural yang banyak menyumbang skil muralis di serata projek mural di bangunan sekitar bandar Melaka, Tampin, Negeri Sembilan dan ada juga di daerah tertentu negeri Johor. Semoga usaha ini menjadi penggalak untuk para pelajar KPSK terus mengasah bakat menjadi muralis profesional seperti alumni-alumni sebelum ini. Tahniah untuk Jabatan Seni Halus , KPSK dan teruskan menginspirasi semua yang cintakan bakat dan keindahan  kesenian dan warisan budaya kita!

Mural yg bertajuk Ilham Jiwa Bangsa Melaka ini berinspirasikan  sejarah 'Istana Mahligai' yg pernah menjadi mercu tanda kepada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka yang terkenal seantero dunia di zaman kegemilangan nya sekitar kemasyhuran Sultan Mansur Syah 1456-1477. Istana Kesultanan Melayu Melaka yang tersohor di masa silam ini di jelmakan kembali dalam imaginasi sebagai refleksi minda patriotik untuk merangsang generasi kini yang menuntut ilmu di negeri yang suatu masa dahulu  pernah membawa kepada zaman Kegemilangan bangsa yang di hormati & di pandang tinggi oleh pedagang-pedagang asing yang singgah berlabuh dengan kapal -kapal dagangnya di pelabuhan Melaka. Islam berkembang pesat dengan perkembangan dakwah di kalangan pedagang dari Negara Arab & Timur Tengah. Semoga mural Ilham Jiwa Bangsa Melaka ini mampu merangsang jiwa generasi muda siswa siswi UiTM untuk terus menimba ilmu dalam berbagai bidang demi memartabatkan & memperkasa Agama ,bangsa & Negara sepertimana yang pernah tercatat di sejarah dunia di masa lampau tentang Melaka sebagai Empayar Islam  yang signifikan di Zaman Kegemilangan Kesultanannya. Semoga semua penghayat seni mural ini beroleh manfaat dari imaginasi  sejarah ketamadunan Melaka ini. Penghasilan mural ini turut disertai oleh para pensyarah dari Jabatan Seni Halus antaranya seperti En Hisamudin Ahmad, En Wan Zulkifle Wan Yaakob, En Shahrul Munir Kaulan, En Ahmad Zuraimi Abd Rahim dan En Shaharudin Sabu. Berikut merupakan senarai pelajar semester 5 daripada Program Diploma Seni Halus yang terlibat dalam menjayakan mural ini:

 

    NAMA PELAJAR NO MATRIK
   
     1. MUHAMMAD LUQMAN HAQEMI BIN RASIDAN 2021848352
     2. IZZA FADZLIANA BINTI MOHAMMAD PU’AD 2021458366
     3. NUR AYU NABEELA BINTI MOHD NADZRI 2021851704
     4. NUR AINI ATIQAH BINTI SAID MD SAHARUDIN 2021472734
     5. AZZA BINTI MOHD NARZI 2021487594
     6. AZZAIRA FILZATIE BINTI AZIZUZANADI 2021212282
     7. ⁠HUSNA BINTI MOHD NAJIB 2021205524
     8. ⁠MOHAMMAD ZULFARHAN BIN MOHD SALLEH 2021828526
     9. IZZA FADZLIANA BINTI MOHAMMAD PU'AD 2021458366
     10.MUHAMAD AMIRUL TAUFIQ BIN ZAINUL 2021893582
   

 

AD114 | DIPLOMA IN INDUSTRIAL DESIGN
AD111 | DIPLOMA IN GRAPHIC DESIGN
AD117 | DIPLOMA IN PHOTOGRAPHY AND CREATIVE IMAGING